Thursday 28 March 2013

Hilang



Aku pandang tepi,sepi.
Aku pandang sisi,sunyi,
Tengok atas, hening,
Tengok bawah, pening.

Rasa mahu hilang.
Hilang dari dunia.
Kerna hidup tak seidah rupa.
Dijanjikan manis,
tapi duka sang raja. Masalah mula menggila.
Datang tiap masa.
Aku naik gila.

Tapi aku lupa, ada Dia yang ESa,
selalu ada bila perlukan. Bahagia semacam mendapat pelukan.

Kenapa aku sombong, ketikan cinta-nya berpanjangan.
Kenapa aku sombong ,bila cintaNYA  yang aku patut dambakan.

Kenapa?

Awan.



Bila ku pandang awan, aku rasa dia tersenyum padaku.
Awan berarak mengikut aku.
Mungkin dia lindungi aku.
Aku ibarat semut kecil di dada bumi.
Awan gah di atas sana.
Kecil besar semua ada.

Bila kepala kusut serabut, kupandang langit.
Moga bertemu kekasihku awan.
Aku rindu padanya, tempat aku lepaskan tekanan.
Lembut dan sejuk ku rasakan.
Kadang-kadang dia beri ku hujan.
Mungkin mahu sejukkan aku yang kepanasan.

Bila hujan, si awan terus memakai aksesori pelangi.
Bertambah cantik.
Bertambah tenang.
Buat aku senang.
Buat aku bertambah girang.

Duhai awan,
kalau tiada kamu,
Aku tak mampu mengelak terik mentari.
Kalau tiada kamu,
Aku tak mampu merasa hujan mu.
Kalau tiada kamu,
Sudah tentu tiada pelangi di kaki langit.

Subhanallah,.. hebat ciptaan Allah..

Di bawah roda

Hiba,
pabila roda berputar ke bawah,
terus hilang arah,
jasad penuh amarah,
hati perit parah.

Sayu,
bila tuhan dipersalahkan,
bila ketentuan tuhan dipersoalkan,
bila seruan sudah tidak diendahkan,
bila hukum tuhan mula ditinggalkan.

Sayang,
ujian tuhan tanda sayang-Nya dia pada kita,
ujian tuhan tanda cinta-Nya dia pada kita,
tapi kita manusia,
mahukan bahagia sentiasa,
bila di uji, rasa terseksa,
hingga lupa Dia maha berkuasa.

Muhasabah diri kita,
ujian yang turun, boleh menyuci diri kita,
ibarat hujan menyuci lumpur di kota,
ibarat air menyuci daki di muka,
muhasabahlah.

Bila di uji, dekatlah pada-Nya,
Dia berkuasa segalanya,
Usah sombong pada-Nya,
Siapalah kita pada-Nya,
hanya insan kerdil di bumi sementara.


Kosong.



Hidup ini terasa kosong.
Bila mana hati tidak terisi,
tiada posisi hanya fantasi.

Bila yang dibuat tidak pasti,
hanya ibarat lakonan ,
wayang palsu ,
penuh nafsu.

Bila kaki  berdiri goyang,
tangan menghayun lambat,
hati tersiat,
otak tidak berpusat.

Bila manusia mula menyangkal hukum Tuhan,
Menghalal yang diharam,
mengubah apa diciptakan,

Hidup, terasa kosong.

bila persekitaran menggoyahkan iman,
bila orang mengajak kemungkaran,
bila otak berpeleseran,
bila hati tidak tenteram.

Bila hati mula terasa kosong.
Bila hati mula jauh dari tuhan,
Bila hati hitam dalam kegelapan,
Bila hati tiada cahaya sinaran

Maka, hidup terasa KOSONG..

Mula

Dua tiga aku mencari
Tempat sayu curahan hati
Dua tiga aku dapati
Kotak puisi pilihan hati