Friday 19 July 2013

HAri LAhir

Selamat hari lahir teman,
Tambah satu angka,
Makin tua,
Tapi masih manis,
Kau tabah,
Kau kuat,

Tolong,
Teruskan senyum mu,
Walau gundah hati tak siapa tahu,
Tapi aku di penjuru ,
Tetap doa kau kekal senyum..

Thursday 9 May 2013

Air

Aku dengar lagi percikan itu,
Entah ke berapa kali sudah.

Pancutan air deras laju
Memanahi baldi2 kosong,

Terdesak,
Pili bomba juga jadi pilihan,
Tatkala air di pili tandas jamban kering,
Tiadanya tak dikhabarkan,
Mencari alternatif kerah tenaga.


-9/10/2013

Hari lahir,teman.

Tingkatan 2 temukan aku dan engkau,
Sampai sekarang tali saudara kita bertaut,
Mungkin tak sekukuh dulu,
Sekukuh tika tiap hari sua muka,
tiap hari jalan bersama,
tiap hari makan bersama,
tiap hari belajar bersama,
tiap hari.

Aku sibuk ,kau sibuk, kita sibuk.
Renggang di situ, tapi hati masih kental memegang "frens forever",
Bait yang kita tulis tiap kali masuk friendship day,

Walau kita banyak beza,
Engkau tinggi, Aku rendah.
Jalan serupa adik kakak,
Tapi kau tetap kawan aku paling sayang.

Maaf,
Andai aku banyak silap,
Andai persahabatan kita banyak gurisan hati,
Andai banyak benda tak puas hati,
Andai ada benda terkecil hati. Maaf kawan.

Hari ini hari bahagia kau.
Ulang tahun kau nampak dunia.
Tahniah ibumu lahirkan kau cukup istimewa.
Terutama di mata aku,, kau kawan terbaek,
Tiap tahun pasti ada hadiah aku titipkan.dulu.
Tapi maaf, tradisi itu terkubur sudah. Maaf kawan.

Jadi, aku iringkan puisi rasa hati ini.
Ya, panjang tapi cukup cerita segala.
Ada yang tak terluah,tapi biar saja.
Biar ia segar mati dalam hati.
 

Selamat Ulang Tahun sayang.
Moga kau sentiasa berjaya.
Moga kau sentiasa anggun dan cantik.
Moga hayat 22 kau penuh makna.
Diwarnai warna ceria suka bahagia.
Moga hidup kau sentiasa di bawah lindung rahmat Allah.
Moga kita juga..kekal bersama.

Salam rindu, salam sayang.
-Saya kin.

Tuesday 7 May 2013

PRU-13


Bahang sudah tiada,
Menang kalah terzahir sudah.

Siapa pegang takhta,
Kami mahukan kedamaian saja,
Bukan konspirasi kami pinta,
Kami mahukan kemakmuran saja.

Usah berbalah lagi,
Nasib kita itu pasti,
Sudah tertulis tinggi,
Cuma kita masih tak mengerti,
Tiap berlaku itu realiti,
Bukan fantasi lagi.

Buat apa ungkit lagi,
Jalankan saja tanggungjawab itu,
Kami di sini menyokong pasti,
Sokong pada hak tolak yang batil.

Usung kami rakyat ini,
Pada jalan yang berduri ini,
Jangan bawa kami ke lembah hina,
Kami pohon,
Bawa kami ke jalan benar,
Andai tak mampu bawa kami,
Serahkan tugas pada yang sepatutnya,
Biar kami mampu didorong ke lembah cahaya,
Buat ketenangan abadi sini dan nun disana.

Amanah,berat.
Tanggungjawab,berat.
Janji,berat.

Ringankan dengan berpasak niat pada-Nya,
Dia sentiasa ada dimana-mana waktu dan ketika,
Cuma kita saja lupa,
Rajakan nafsu saja,
Mohon lah padanya.

Sunday 21 April 2013

Yang tiga.

Rapat mulanya dengan dia,
Bila ada yang ke tiga,
Dia lupakan aku,
Mungkin bukan lupa,
Tapi jarak kau bina,
Mungkin kau bina tanpa sedar tapi aku kau bukan macam dulu

Rapat aku dengan dia
Bukan macam romeo juliet yang dahaga cinta
Rapat aku kawan kamceng saja
Bebas cakap luah sembang apa saja
Sebab aku dia lain jantina 
Bila sembang diskusi banyak cabang idea
Aku suka

Tapi mungkin kehadiran ke tiga
Rosak segala
Sebagai kawan, sedih juga
Dia lain, mabuk cinta
Dia nafikan, tapi aku dapat baca
Orang bercinta senang saja
Tengok mata pun sudah tahu bagaimana
Walau kau nafikan
Mata kau,mimik muka kau, 
Kau tak mampu sembunyi

Aku tak kesah kau mahu bercinta
Aku ta kesah kau mahu buat apa
Itu hidupmu
Cuma aku mahu kau tidak lupakan aku
Walau aku tahu carta aku di hati sudah jatuh entah ke berapa
Satu saja aku pinta, 
Jangan lupakan aku.


Thursday 28 March 2013

Hilang



Aku pandang tepi,sepi.
Aku pandang sisi,sunyi,
Tengok atas, hening,
Tengok bawah, pening.

Rasa mahu hilang.
Hilang dari dunia.
Kerna hidup tak seidah rupa.
Dijanjikan manis,
tapi duka sang raja. Masalah mula menggila.
Datang tiap masa.
Aku naik gila.

Tapi aku lupa, ada Dia yang ESa,
selalu ada bila perlukan. Bahagia semacam mendapat pelukan.

Kenapa aku sombong, ketikan cinta-nya berpanjangan.
Kenapa aku sombong ,bila cintaNYA  yang aku patut dambakan.

Kenapa?

Awan.



Bila ku pandang awan, aku rasa dia tersenyum padaku.
Awan berarak mengikut aku.
Mungkin dia lindungi aku.
Aku ibarat semut kecil di dada bumi.
Awan gah di atas sana.
Kecil besar semua ada.

Bila kepala kusut serabut, kupandang langit.
Moga bertemu kekasihku awan.
Aku rindu padanya, tempat aku lepaskan tekanan.
Lembut dan sejuk ku rasakan.
Kadang-kadang dia beri ku hujan.
Mungkin mahu sejukkan aku yang kepanasan.

Bila hujan, si awan terus memakai aksesori pelangi.
Bertambah cantik.
Bertambah tenang.
Buat aku senang.
Buat aku bertambah girang.

Duhai awan,
kalau tiada kamu,
Aku tak mampu mengelak terik mentari.
Kalau tiada kamu,
Aku tak mampu merasa hujan mu.
Kalau tiada kamu,
Sudah tentu tiada pelangi di kaki langit.

Subhanallah,.. hebat ciptaan Allah..

Di bawah roda

Hiba,
pabila roda berputar ke bawah,
terus hilang arah,
jasad penuh amarah,
hati perit parah.

Sayu,
bila tuhan dipersalahkan,
bila ketentuan tuhan dipersoalkan,
bila seruan sudah tidak diendahkan,
bila hukum tuhan mula ditinggalkan.

Sayang,
ujian tuhan tanda sayang-Nya dia pada kita,
ujian tuhan tanda cinta-Nya dia pada kita,
tapi kita manusia,
mahukan bahagia sentiasa,
bila di uji, rasa terseksa,
hingga lupa Dia maha berkuasa.

Muhasabah diri kita,
ujian yang turun, boleh menyuci diri kita,
ibarat hujan menyuci lumpur di kota,
ibarat air menyuci daki di muka,
muhasabahlah.

Bila di uji, dekatlah pada-Nya,
Dia berkuasa segalanya,
Usah sombong pada-Nya,
Siapalah kita pada-Nya,
hanya insan kerdil di bumi sementara.


Kosong.



Hidup ini terasa kosong.
Bila mana hati tidak terisi,
tiada posisi hanya fantasi.

Bila yang dibuat tidak pasti,
hanya ibarat lakonan ,
wayang palsu ,
penuh nafsu.

Bila kaki  berdiri goyang,
tangan menghayun lambat,
hati tersiat,
otak tidak berpusat.

Bila manusia mula menyangkal hukum Tuhan,
Menghalal yang diharam,
mengubah apa diciptakan,

Hidup, terasa kosong.

bila persekitaran menggoyahkan iman,
bila orang mengajak kemungkaran,
bila otak berpeleseran,
bila hati tidak tenteram.

Bila hati mula terasa kosong.
Bila hati mula jauh dari tuhan,
Bila hati hitam dalam kegelapan,
Bila hati tiada cahaya sinaran

Maka, hidup terasa KOSONG..

Mula

Dua tiga aku mencari
Tempat sayu curahan hati
Dua tiga aku dapati
Kotak puisi pilihan hati